MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan jatuh tergelincir di kediaman rasminya di Moscow di tengah-tengah spekulasi yang semakin meningkat tentang keadaan kesihatan pemimpin berusia 70 tahun itu yang didakwa semakin merosot.
The Telegraph Channel melaporkan Putin turut 'terbuang air besar' secara tidak sengaja kerana impak pada tulang tongkeng beliau disebabkan penyakit barah yang menjejaskan perut dan ususnya.
Saluran anti-Kremlin itu juga mendakwa tiga pengawal peribadi dan pasukan perubatan telah dikejarkan untuk merawatnya.
"Tiada kecederaan serius dilaporkan dan beliau masih boleh bergerak seperti biasa walaupun dikatakan kurang selesa kerana sakit di kawasan tulang tongkeng," jelas laporan itu lagi.
Kejadian itu berlaku lebih sebulan selepas ketua risikan Ukraine mendakwa 'tsar moden' tersebut sedang sakit dan menampilkan sekurang-kurangnya 'tiga klon' untuk mewakilinya di hadapan khalayak umum.
Mejar Jeneral, Kyrylo Budanov mendedahkan perkhidmatan rahsia Kiev berjaya mengesan 'klon Putin' dalam beberapa acara.
"Kami tahu kewujudan tiga klon beliau. Berapa jumlah sebenar mereka masih tidak diketahui. Kesemua mereka melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan sama seperti Putin. Apa yang membezakan mereka ialah ketinggian antara satu sama lain.
"Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi rakaman video dan gambar selain bahasa tubuh serta bentuk cuping telinga yang berbeza," katanya menerusi laporan dipaparkan akhbar Britain.
Difahamkan, khabar angin tentang 'klon Putin' mula tersebar pada Julai lalu selepas pemimpin tersebut tiba di Teheran untuk menghadiri persidangan, namun beliau kelihatan agak janggal selain lebih bertenaga daripada biasa. - Agensi/Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 04 2022
Khabar angin tentang 'klon Putin' (kanan) mula tersebar pada Julai lalu selepas beliau tiba di Teheran untuk menghadiri persidangan, namun kelihatan agak janggal selain lebih bertenaga daripada biasa. - Foto Agensi/Sinar Harian
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Risikan Ukraine dakwa Putin ada klon?
Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan jatuh tergelincir di kediaman rasminya di Moscow di tengah-tengah spekulasi yang semakin meningkat tentang keadaan kesihatan pemimpin berusia 70 tahun itu.